Monday, 8 March 2010

Thursday, 4 March 2010

Wednesday, 3 March 2010

Tuesday, 2 March 2010


Kuching Plaza


Batu Lintang

Sunday, 28 February 2010

Thursday, 25 February 2010

Tuesday, 23 February 2010

Sunday, 21 February 2010

Sunday, 14 February 2010

Saturday, 6 February 2010

Thursday, 4 February 2010

Bandaraya Kuching


Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Sebagai sebuah ibu negeri, Kuching merupakan rumah kepada 458,300 orang. Ini menyebabkan ia menjadibandar raya yang mempunyai penduduk yang terbanyak di Sarawak dan mendapat kedudukan yang ketujuh di Malaysia. . Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988.

Kuching juga merupakan kedudukan pusat kerajaan pada Sarawak moden. Ia mempunyai seorang Ketua Menteri yang memimpin Kabinet Menteri. Beliau adalah dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri dari ahli pensidang pada perlantikan yang diadakan setiap lima tahun.

Ketua Menteri yang sekarang ialah YAB Pehin Sri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Haji Abdul Taib Mahmud. Kuching ialah tempat di mana Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Patinggi Haji Abang Salahuddin Abang Barieng menetap.

Sejarah

Sir James Brooke

Sarawak merupakan sebahagian Kesultanan Brunei dua ratus tahun dahulu tetapi sebagai ganjaran kerana membantu menghancurkan pemberontakan, kawasan ini diserahkan kepada James Brooke, seorang pengembara Inggeris yang memerintah kawasan ini sebagai kemaharajaan peribadi. Kuching dijadikan ibu negeri serta ibu pejabat Brooke. Keluarga Brooke memerintah Sarawak sehingga akhir Perang Dunia II apabila SirCharles Vyner Brooke, raja ketiga serta terakhir, menyerahkannya kepada Kerajaan British pada tahun 1946. Sarawak dan Komanwel British bertempur dalam "Perang Tak Isytihar" dengan Indonesia agar menghalang Sarawak daripada diserap ke dalam Indonesia Raya. Pihak British memberikan kemerdekaan kepada Sarawak pada tahun 1963, dan bersama-sama dengan Borneo Utara (Sabah) dan Singapura, membantu membentuk Malaysia. (Singapura mengisytiharkan kemerdekaan tidak lama kemudian.)

Asalnya nama Sarawak tidak jelas. "Kuching" ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi "Cochin", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka diSantubong. Artifak-artifak yang berasal daripada kepercayaan Hinduisme kini dapat dilihat di Muzium Negeri. Bandar raya ini tidak pernah mempunyai sebilangan besar kucing apabila dibandingkan dengan bandar-bandar lain. Sebenarnya, arca-arca kucing, Muzium Kucing Kuching, serta perkaitan-perkaitan lain dengan kucing merupakan sebahagian usaha moden untuk mempromosikan pelancongan; banyak risalah pelancongan merujuk kepada Kuching sebagai "Bandaraya Kucing". Selain daripada ini, nama "Kuching" tidak mempunyai maksud sebenar bagi penduduk-penduduknya dan tidak dianggap oleh orang-orang tempatan sebagai suatu nama yang romantik.

Terdapat teori-teori lain yang mengatakan bahawa nama "Kuching" datangnya daripada "mata kucing", sejenis buah; Pokok Mata Kucing kelihatan banyak bertumbuh di tebing sungai yang kini merupakan sebahagian bandar raya Kuching. Terdapat sebuah bukit di pusat bandar raya lama yang dipanggil Bukit Mata Kuching, dan bukit ini juga mungkin merupakan asal nama bandar raya ini.